P R A K A T A
P R A K A T A
Dengan nama ALLAH MAHA PENGASIH lagi AMAT PENYAYANG
Firman Allah SWT:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru
kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”.
(Surah Al-Imran: 104)
Begitu juga sebuah hadis Nabi SAW :
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: Sampaikan kepadaku walaupun sepotong ayat
(Hadis riwayat Bukhari, No. 3461)
Allah SWT berfirman lagi :
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik
(Surah Al-Nahl: 125)
dan sabda Nabi SAW :
فَوَاللَّهِ لَأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ
Maksudnya: “Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik).”
(Hadis riwayat al-Bukhari, No. 2942)
Manakala ayat-ayat dari Tuhan SWT:
عَبَسَ وَتَوَلَّى (١) أَنْ جَاءَهُ الأعْمَى (٢) وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّى (٣) أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنْفَعَهُ الذِّكْرَى (٤) أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَى )٥) فَأَنْتَ لَهُ تَصَدَّى (٦) وَمَا عَلَيْكَ أَلا يَزَّكَّى (٧) وَأَمَّا مَنْ جَاءَكَ يَسْعَى (٨) وَهُوَ يَخْشَى (٩) فَأَنْتَ عَنْهُ تَلَهَّى (١٠
Maksudnya:“Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling, kerana seorang buta
telah datang kepadanya. Dan tahukah engkau (Muhammad) kemungkinan dia ingin
menyucikan dirinya, atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran yang memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka engkau
(Muhammad) memberi perhatian lebih kepadanya. Padahal tidak ada (cela) atasmu
jikalau dia tidak menyucikan diri (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), sedang dia takut (kepada Allah), engkau (Muhammad) malah mengabaikannya”.
Firman Allah SWT:
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri
mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari
orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)"
(Surah Al-Fussilat: 33)
Nabi SAW juga telah bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya: “Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman”.
(Hadis riwayat Muslim, No. 49)
Pengarang membaca kesemua ayat-ayat Quran dan hadis,maka tercetuslah
ilham menulis sebuah BUKU ELEKTRONIK ( E-BOOK ) untuk bacaan umat Islam di pelusuk muka bumi .
Ketika Baginda SAW berdakwah di Mekah,kurang 100 orang memeluk Islam .
Namun Islam bersinar di Madinah al-Munawwarah setelah kekecewaan 13 tahun di bumi Mekah . Kerajinan dan ketekunan para sahaat,tabiiin dan seterusnya,Islam
pernah menakluk sepertiga dunia .Namun kejatuhan Khalifah Ottoman pada 1922
Masehi,maka Islam mula sendu dan mundur .
Zaman keemasan Islam tinggal kenangan dan sejarah .Negara paling miskin di
dunia ialah negara islam .Islam berperang sesama sendiri sebagaimana perang
Iran-Iraq.Dunia Arab kacau bilau dan menderita hinggalah kini .
Kini akhir zaman menjelma , manusia semakin sesat dan jahil.Paling
merosakkan golongan berlakon berserban dan berjubah ,hakikatnya lebih
jahat dan sesat berbanding Abu Jahal dan Abu Lahab .Mereka mendakwa ,
merekalah paling Islam dan beriman.Namun merekalah yang merosakkan nama
islam .Merekalah yang memalukan Islam .Dunia ketawakan mereka .Syaitan
bergembira.
Kata hukama “Musuh paling bahaya ialah orang Islam sendiri .Zahirnya
alim dan berilmu,hakikatnya sekufu munafik dan syaitan .”
E-book ini akan diterjemahkan ke pelbagai bahasa DUNIA agar umat Islam
kembali kepada tali Allah.
Bacalah dengan minda POSITIF dan TERBUKA.Islam pernah gemilang
dan cemerlang suatu masa dahulu dan jadilah islam yang cemerlang walaupun
hidup pada akhir zaman.
Selamat membaca !
HARRRAM BIN JADDDAH
( harramjaddahharramjaddah@gmail.com )
https://www.myipo.gov.my/ms/hak-cipta/
JANGKAAN SIAP 2029 MASEHI INSYA -ALLAH
Comments
Post a Comment